AYRON (kanan) ketika diperkenalkan hari ini. FOTO FB Selangor FC
AYRON (kanan) ketika diperkenalkan hari ini. FOTO FB Selangor FC
Firdaus Hashim


Shah Alam: Penyerang baharu Selangor FC, Ayron Del Valle mengidam untuk menggenggam mahkota penjaring terbanyak Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ayron, 34, yang berasal dari Colombia baharu tiba di ibu negara hari ini dan terus diperkenalkan sebagai ayam tambatan baharu skuad Red Giants musim ini.

Berdasarkan rekod, ketajaman Ayron bukan calang-calang di mana dia pernah muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Colombia tiga musim berturut-turut dari 2014-2017.

Jelas Ayron, walaupun rekod lalu begitu ampuh namun dia mengakui cabaran berbeza bakal ditempuhnya.

Katanya, dia enggan meletakkan sasaran untuk muncul penjaring terbanyak di Liga Malaysia tetapi mengakui akan berusaha keras bagi meraihnya.

"Saya tidak berjanji berapa banyak gol tapi saya berjanji akan berusaha keras untuk pasukan.

"Apa yang penting saya akan cuba sedaya upaya untuk membawa pasukan mencapai kemenangan," katanya pada sidang media Hari Selangor dan Jersi di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, ini adalah penampilan pertamanya di Asia selepas banyak menghabiskan masa di benua Amerika Latin.

"Selangor sebuah kelab besar dan saya sudah tidak sabar untuk beraksi. Saya akan beri sebaiknya untuk pasukan dan cuba lakukan sebaiknya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2023 @ 3:49 PM