Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo menjalani latihan bersama rakan sepasukan menjelang aksi berdepan Korea Selatan. FOTO AFP
Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo menjalani latihan bersama rakan sepasukan menjelang aksi berdepan Korea Selatan. FOTO AFP
Reuters

Al Rayyan: Kapten, Cristiano Ronaldo akan mengetuai jentera serangan Portugal berdepan Korea Selatan di Piala Dunia sekalipun dilaporkan menjalani latihan berasingan daripada rakan sepasukan minggu ini.

Jurulatih Portugal turut melakukan enam pertukaran dalam pasukan yang menewaskan Uruguay pada Isnin.

Portugal hanya perlu seri untuk memastikan kedudukan teratas Kumpulan H dan sedar mengenai risiko penggantungan kad kuning pada pusingan seterusnya, menampilkan Diogo Dalot dan Antonio Silva di barisan pertahanan.

Matheus Nunes, Vitinha dan Joao Mario beraksi di bahagian tengah bagi menggantikan Bernardo Silva, William Carvalho dan Bruno Fernandes -- yang menjaringkan dua gol ketika kemenangan 2-0 ke atas Uruguay -- sementara Ricardo Horta menggantikan Joao Felix di barisan depan.

Pengendali Korea Selatan dari Portugal, Paulo Bento pula mengetepikan pertahanan tengah Kim Min-jae, yang mengalami kecederaan dan menggantikannya dengan Kwon Kyung-won, manakala Lee Jae-sung dan Lee Kang-in bergandingan di bahagian tengah.

Skuad Korea Selatan kini mengumpul satu mata, harus menewaskan Portugal dan berharap keputusan perlawanan antara Ghana berdepan Uruguay berpihak pada mereka untuk mara dalam kelompok 16 terbaik.

Senarai kesebelasan utama:

Korea Selatan: Kim Seung-gyu, Kim Moon-hwan, Kwon Kyung-won, Kim Young-gwon, Kim Jin-su, Lee Jae-sung, Lee Kang-in, Jeong Woo-yeong, Hwang In-beom, Son Heung-min, Cho Gue-sung

Portugal: Diogo Costa, Diogo Dalot, Pepe, Antonio Silva, Joao Cancelo, Matheus Nunes, Ruben Neves, Vitinha, Joao Mario, Cristiano Ronaldo, Ricardo Horta

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2022 @ 10:47 PM