Bintang Argentina, Lionel Messi. FOTO AFP
Bintang Argentina, Lionel Messi. FOTO AFP
Reuters

Al Rayyan: Kapten Argentina, Lionel Messi berkata dia berada dalam keadaan terbaik menjelang perlawanan pertama Kumpulan C berdepan Arab Saudi yang berkemungkinan menjadi penampilan terakhirnya di Piala Dunia.

"Dari aspek fizikal, saya berasa sangat baik. Saya fikir, saya berada dalam detik yang hebat bukan secara peribadi dan fizikal, malah saya tidak mempunyai sebarang masalah," kata Messi pada sidang media hari ini.

Terdahulu bintang PSG itu dilaporkan melakukan latihan ringan jauh daripada rakan sepasukannya pada Sabtu.

"Saya diberitahu agar perlu menjalani latihan berasingan. Ia kerana saya berdepan masalah tetapi tiada apa yang pelik (berlaku). Ia hanyalah langkah berjaga-jaga."

Pemain berusia 35 tahun, yang berada di Qatar untuk beraksi pada Piala Dunia kelimanya berkata dia tidak membuat persediaan berasingan bagi kejohanan itu yang mana pertama kali dilangsungkan pada November dan Disember.

"Saya tidak melakukan sesuatu yang istimewa," kata penyerang itu.

"Saya menjaga diri sendiri dan melakukan kerja yang saya lakukan sepanjang kerjaya, menyedari ini adalah detik istimewa, malah besar kemungkinan adalah Piala Dunia terakhir saya, peluang terakhir saya untuk mencapai impian indah, yang kami semua idamkan ini."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2022 @ 1:14 AM