PEMAIN Chelsea disaran berikan sepenuh hati dalam aksi EPL walaupun Piala Dunia semakin hampir. FOTO EPA
PEMAIN Chelsea disaran berikan sepenuh hati dalam aksi EPL walaupun Piala Dunia semakin hampir. FOTO EPA
AFP

London: Graham Potter mahu pemain Chelsea terus memberikan komitmen sepenuhnya walaupun berisiko ditimpa kecederaan menjelang Piala Dunia.

Pertahanan tengah Chelsea, Ben Chilwell mungkin terpaksa melupakan kejohanan empat tahun sekali yang akan bermula di Qatar 20 November ini selepas kecederaan hamstring ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Dinamo Zagreb Rabu lalu.

Dia antara tujuh pemain utama Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mengalami masalah kecederaan menjelang kejohanan itu.

Pemain Korea Selatan, Son Heung-min terpaksa menjalani pembedahan kecil di bahagian muka ketika kemenangan Tottenham di Marseille awal minggu ini.

"Memang sukar untuk bermain di EPL, atau Liga Juara-Juara, dan bermain dengan separuh hati.

"Ia hampir mustahil, dan pada masa sama anda tahu ada Piala Dunia dalam tempoh beberapa minggu, jadi ia keadaan yang sukar buat semua orang," kata pengendali Chelsea itu.

Chelsea akan melayan kunjungan pendahulu liga, Arsenal esok, seminggu selepas tewas 1-4 di Brighton dalam kunjungan pertama Potter ke kelab lamanya.

Kemudian mereka bangkit menewaskan Dinamo 2-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 10:11 AM