PENGURUS Brighton & Hove Albion, Graham Potter dikatakan akan menggantikan tempat Tuchel sebagai pengurus Chelsea. FOTO Reuters
PENGURUS Brighton & Hove Albion, Graham Potter dikatakan akan menggantikan tempat Tuchel sebagai pengurus Chelsea. FOTO Reuters
Reuters

London: Chelsea mencapai perjanjian lisan dengan pengurus Brighton & Hove Albion, Graham Potter untuk mengambil alih sebagai pengurus baharu dan menggantikan Thomas Tuchel, lapor Sky Sports, hari ini.

Chelsea memecat Tuchel, semalam, sehari selepas kekalahan mengejut 0-1 di Dinamo Zagreb pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Kelab London itu menduduki tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, tetapi kini menduduki tempat keenam dengan 10 mata selepas enam perlawanan, termasuk tewas di Leeds United dan Southampton.

Tuchel menyertai Chelsea selepas pemecatan Frank Lampard dan membantu mereka memenangi trofi UCL pada musim pertamanya dan dia turut merangkul Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia FIFA, musim lalu.

Media Britain melaporkan, Potter bersedia menjadi pengurus baharu Chelsea sebelum kunjungan ke Fulham pada aksi EPL, Sabtu ini.

Potter membawa Brighton menduduki tempat keempat liga setakat ini dengan enam kali menang, sekali tewas dan sekali seri.

Pengendali berusia 47 tahun itu dilantik di Brighton pada Mei 2019 dan membimbing kelab itu ke tempat ke-15, ke-16 dan kesembilan dalam tempoh tiga musim.

Dia menguruskan Swansea City dalam Liga Kejuaraan sebelum membimbing Brighton.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2022 @ 5:46 PM