CHILWELL adalah sebahagian daripada skuad Chelsea yang memenangi Liga Juara-Juara pada 2021. FOTO AFP
CHILWELL adalah sebahagian daripada skuad Chelsea yang memenangi Liga Juara-Juara pada 2021. FOTO AFP
AFP

London: Pertahanan Chelsea, Ben Chilwell menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun yang akan mengekalkannya di Stamford Bridge sehingga 2027.

Chilwell mengalami kecederaan yang membelenggu prestasinya sejak dua musim lalu, tetapi Chelsea berminat untuk melanjutkan tempohnya di Stamford Bridge.

Pertahanan kiri berusia 26 tahun itu, yang ditandatangani dari Leicester pada 2020, adalah sebahagian daripada skuad Chelsea yang memenangi Liga Juara-Juara pada 2021.

Ligamen lutut yang pecah merosakkan musim 2021-22 Chilwell dan dia juga terlepas tiga bulan kempen musim ini, termasuk Piala Dunia, kerana kecederaan hamstring.

Manchester City dilaporkan berminat untuk membuat bidaan untuk mendapatkan Chilwell hujung musim ini.

Tetapi menjelang perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Chelsea di Real Madrid awal pagi esok, Chilwell, yang membuat 80 penampilan untuk The Blues, bersetuju untuk menambah dua tahun lagi kontrak dan akan tamat pada 2025.

"Saya berasa sangat selesa di Chelsea dan sangat menikmati masa saya di padang di sini jadi saya sangat gembira kelab mahu saya menjadi sebahagian daripada projek jangka panjang, dan saya sangat gembira untuk menandatangani lanjutan kontrak saya," katanya.

"Kami bekerja keras untuk kejayaan dan saya akan melakukan yang terbaik untuk membawa lebih banyak senyuman kepada peminat yang membuatkan saya berasa sangat dialu-alukan."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2023 @ 11:16 AM