MODESTE (kiri) menjaringkan gol penyamaan Dortmund.  FOTO AP
MODESTE (kiri) menjaringkan gol penyamaan Dortmund. FOTO AP
AFP

Dortmund: Anthony Modeste menjaringkan gol pada minit terakhir masa kecederaan ketika Dortmund bangkit mengikat Bayern Munich 2-2 di tempat sendiri awal pagi tadi.

Modeste yang dikritik selepas gagal menyerlah sejak berpindah dari Colognie awal musim ini masuk daripada bangku simpanan pada minit ke-70 dan mencipta gerakan yang membolehkan Youssoufa Moukoko menjaringkan gol empat minit selepas itu.

Dia kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-94 menerusi tandukan selepas mendapat hantaran cantik pemain pertahanan Nico Schlotterbeck.

Modeste berkata kepada media dia sudah lali dengan kritikan sejak berpindah ke Dortmund.

"Saya beritahu rakan sepasukan, saya kurang mendapat hantaran dan itu sebabnya saya agak terkejut dengan hantaran Schlotterbeck."

Bayern beraksi 10 pemain pada minit ke-90 apabila Kingsley Coman dilayang kad kuning kedua selepas mengasari Karim Adeyemi.

Pengurus Dortmund, Edin Terzic memuji pasukannya dan berkata mereka berhak seri selepas melakukan segalanya dan memerlukan setiap pemain untuk menentukan keputusan perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2022 @ 9:01 AM