Erling Braut Haaland (kanan) menewaskan penjaga gol Hertha Berlin, Alexander Schwolow. FOTO AFP
Erling Braut Haaland (kanan) menewaskan penjaga gol Hertha Berlin, Alexander Schwolow. FOTO AFP
AFP

Berlin: Erling Braut Haaland meledak empat gol dan Youssoufa Moukoko menjadi pemain termuda beraksi dalam sejarah Bundesliga ketika Borussia Dortmund menewaskan Hertha Berlin 5-2, awal pagi ini.

Kemenangan itu merapatkan kedudukan kepada pendahulu liga, Bayern Munich dengan perbezaan satu mata.

Buat kali pertama Haaland, 20, menjaringkan empat gol dalam perlawanan buat Dortmund sejak penampilan pertamanya pada Januari lalu, dengan semua jaringan itu hadir pada babak kedua.

"Saya minum Red Bull pada waktu rehat perlawanan, saya mempunyai tenaga dan semuanya berjalan lancar," kata Haaland.

Penyerang Norway itu kini merekodkan 10 gol dalam tujuh perlawanan Bundesliga musim ini dan meledak 31 gol keseluruhan dalam 30 perlawanan dalam semua kejohanan untuk Dortmund.

Selepas Matheus Cunha memberikan Hertha gol pendahuluan separuh masa pertama di Stadium Olimpik Berlin, Dortmund kembali bangkit di babak kedua.

Haaland menyamakan kedudukan selepas menolak masuk gol hantaran Emre Can pada minit ke-47.

Dia meledak gol kedua selang dua minit kemudian diikuti hatrik pada minit ke-62 sebelum Raphael Guerreiro menjadikan kedudukan 4-1.

Cunha menyempurnakan penalti lewat permainan sebelum Haaland meledak gol empat 10 minit sebelum tamat permainan.

Sementara itu, Moukoko yang dimasukkan bagi menggantikan Haaland mencatat sejarah tersendiri apabila sehari selepas sambutan kelahirannya, Moukoko menjadi pemain termuda beraksi di Bundesliga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 11:00 AM