JESUS (tengah) akui tidak secocok dengan corak permainan Gurdiola ketika di City. FOTO Reuters
JESUS (tengah) akui tidak secocok dengan corak permainan Gurdiola ketika di City. FOTO Reuters
AFP

Sao Paulo: Penyerang Arsenal, Gabriel Jesus meninggalkan Manchester City kerana tidak mahu lagi bermain di bawah Pep Gurdiola.

Pemain berusia 25 tahun itu memulakan aksi terpuji di Emirates sejak dia diperkenalkan sebagai pemain terbaru Arsenal yang bernilai £45 juta (RM232 juta).

Jesus membuktikan dia adalah salah seorang pemain bintang awal musim ini dengan meledak empat gol dan melakukan hantaran menghasilkan jaringan sebanyak tiga kali pada tujuh aksi pertamanya di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama The Gunners.

"Saya sangat gembira bersama Manchester City, bukan saya tidak gembira beraksi di sana.

"Bagaimanapun, saya juga harus menerima cara pasukan mahu saya bermain. Isunya adalah cara yang beliau (Guardiola) memahami bola sepak dan apa yang beliau mahukan.

"Dalam kes ini, ia terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak. Jika anda tidak menerimanya, jadi ucapkanlah terima kasih dan cari cabaran lain.

"Saya menerimanya untuk seketika tetapi kemudian sampai ke tahap apabila saya mahukan sesuatu yang lain. Saya berterima kasih kepadanya ...beliau faham dan itu sahaja," kata Jesus.

Bekas penyerang Palmeiras itu tidak berpuas hati dengan tempoh permainan yang diberikan Guardiola dan meninggalkan City ketika The Citizens menandatangani bintang Norway, Erling Haaland dan prospek muda Argentina Julian Alvarez.

Haaland membuat permulaan yang sensasi dengan menjaringkan 11 gol dalam tujuh perlawanan liga.

The former Palmeiras forward had been unhappy with the amount of playing time he was given by Guardiola and left City as the Citizens signed Norway star Erling Haaland and young Argentine prospect Julian Alvarez.

Haaland has made a sensational start with 11 goals in seven league games.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2022 @ 10:34 AM