CITY tidak dapat menggunakan khidmat Haaland apabila berdepan FK Crvena Zvezda dalam aksi Liga Juara-Juara. -FOTO AFP
CITY tidak dapat menggunakan khidmat Haaland apabila berdepan FK Crvena Zvezda dalam aksi Liga Juara-Juara. -FOTO AFP
Agensi

London: Pep Guardiola mendedahkan bahawa dia berharap dapat menggunakan khidmat Erling Haaland untuk memperkuatkan barisan serangan Manchester City selepas penyerang bintang itu mengalami kecederaan.

Haaland beraksi dalam dua perlawanan terakhir Liga Perdana menentang Tottenham dan Aston Villa, namun tidak diturunkan menentang Luton Town pada Ahad lalu.

Guardiola berkata pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan berkaitan dengan tekanan bukannya patah tulang.

Itu bermakna Haaland akan turut terlepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara City menentang FK Crvena Zvezda dan perlawanan liga di tempat sendiri menentang Crystal Palace hujung minggu depan.

Bercakap selepas kemenangan 2-1 pasukannya di Kenilworth Road, Guardiola berkata: "Sehari selepas perlawanan berdepan Villa, dia hampir tidak dapat berjalan dengan betul.

"Semalam saya bercakap dengannya, (dia) berkata, 'Saya berasa lebih baik, saya boleh berjalan, Saya tidak sakit'.

Haaland turut tidak beraksi ketika City bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan ketika berdepan Luton yang menyaksikan Julian Alvarez mengemudi bahagian hadapan.

Ketiadaan Haaland itu menyaksikan, Bernardo Silva dan Jack Grealish menjaringkan untuk mereka memenangi perlawanan liga pertama mereka sejak 4 November.

Guardiola bagaimanapun, berharap dapat menggunakan khidmat pemain Norway itu apabila Manchester City bertandang ke Arab Saudi untuk saingan Piala Dunia Kelab.

Pemenang treble musim lalu akan memulakan kempen Piala Dunia Kelab mereka pada 19 Disember.

City akan berdepan sama ada Club Leon atau Urawa Red Diamonds, dengan pengendali Sepanyol itu berharap dapat menurunkan Haaland dalam skuadnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2023 @ 11:42 AM