BENZEMA mengalami kecederaan ketika menentang Celtic. -FOTO AFP
BENZEMA mengalami kecederaan ketika menentang Celtic. -FOTO AFP
AFP

Madrid: Karim Benzema akan diketepi untuk tempoh beberapa minggu kerana kecederaan pada paha kanan yang dialaminya ketika Real Madrid memulakan kempen mempertahankan mahkota Liga Juara-Juara menentang Celtic.

Penyerang Perancis itu mengalami kecederaan selepas 30 minit perlawanan di Parkhead yang menyaksikan Real melakarkan kemenangan 3-0.

Pengurus Real, Carlo Ancelotti pada mulanya merasakan kecederaan yang dialami Benzema itu tidak serius selepas perlawanan di Glasgow.

Namun selepas ujian perubatan dilakukan di Madrid semalam, kelab mengeluarkan kenyataan dan mendiagnosis "Kecederaan pada tendon semitendinosus dan ketegangan pada otot quadriceps di paha kanannya."

"Tahap pemulihannya akan terus dipantau," tambah kenyataan itu.

Akhbar sukan Sepanyol Marca meramalkan Benzema mungkin akan diketepikan sehingga tiga minggu.

Ini bermakna pemain yang menjadi pilihan untuk memenangi Ballon d'Or itu akan terlepas pertembungan La Liga menentang Real Mallorca, aksi Liga Juara-Juara bertemu Leipzig, perlawanan derby dengan Atletico dan bersama skuad kebangsaan Perancis pada saingan antarabangsa hujung bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2022 @ 9:35 AM