FODEN tak beraksi menentang Forest akibat masalah kesihatan.
FODEN tak beraksi menentang Forest akibat masalah kesihatan.
Agensi

London: Pemain Manchester City kembali berlatih semalam selepas berehat dua hari susulan kemenangan 2-0 di Nottingham Forest, Ahad lalu.

City tidak bermain pertengahan minggu ini walaupun pengurus Pep Guardiola berkata dia lebih memilih beraksi di separuh akhir Liga Juara-Juara.

Peluang itu digunakan beberapa pemainnya yang memanfaatkan percutian singkat dengan meninggalkan England termasuk Josko Gvardiol dan Mateo Kovacic.

Di Forest, City bermain tanpa Phil Foden dan Ruben Dias yang tidak berkunjung ke Nottingham selepas mengalami masalah kesihatan.

Mengenai Guardiola, Foden berkata: "Dia belum bersedia. Dia tak sihat dan tak berasa bagus dan tidak selesa. Dia kembali ke Manchester. Itulah hakikatnya, musim yang panjang dan apa sahaja boleh berlaku."

Namun semalam, kedua-dua Foden dan Dias tampil kembali berlatih ketika skuad kembali bersama sekali gus mungkin diturunkan menentang Wolves dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad tengah malam Ahad ini.

Dias sempat memuat naik fotonya menjadi latihan dengan kapsyen: "Kembali bersama pasukan."

Secara keseluruhan, 22 berlatih semalam termasuk pemain muda seperti Nico O'Reilly, Micah Hamilton dan Josh Adam. Berikut senarai pemain City yang kembali menjalani latihan semalam: Ortega, Carson, Ake, Akanji, Walker, Dias, Gvardiol, Stones, Lewis, Gomez, Kovacic, Rodri, Foden, Bobb, Grealish, De Bruyne, Doku, Alvarez, Haaland, O'Reilly, Hamilton dan Adam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2024 @ 12:31 PM