SPURS ikat Lenglet selama setahun sebagai pemain pinjaman dari Barcelona. FOTO Reuters
SPURS ikat Lenglet selama setahun sebagai pemain pinjaman dari Barcelona. FOTO Reuters
AFP

London: Tottenham menandatangani pemain kelima mereka pada jendela perpindahan selepas mengikat pemain pertahanan Clement Lenglet sebagai pinjaman dari Barcelona.

Kelab London itu menyokong usaha Antonio Conte selepas pengendali Itali itu berjaya mengesahkan tempat mereka dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Lenglet akan menyertai Richarlison, Ivan Perisic, Yves Bissouma dan Fraser Forster sebagai muka baru di Stadium Tottenham Hotspur musim depan.

"Kami berbesar hati mengumumkan kehadiran Clement Lenglet sebagai pinjaman selama semusim dari Barcelona," kata Tottenham dalam satu kenyataan.

Pemain antarabangsa Perancis itu menyertai Barcelona dari Sevilla pada 2018 dengan nilai AS$36 juta (RM159.35 juta) dan memenangi La Liga pada penampilan pertamanya di sana.

Namun dia sering diketepikan di Camp Nou selepas melakukan beberapa kesilapan musim lalu.

Lenglet akan menambah kekuatan dalam senarai pilihan Conte di bahagian bek tengah selain di sebelah kiri apabila beliau kini mempunyai tiga pilihan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2022 @ 8:35 AM