CONTE bersama penyerang Korea, Son Heung-min ketika sidang media di Seoul semalam.
CONTE bersama penyerang Korea, Son Heung-min ketika sidang media di Seoul semalam.
Agensi

London: Antonio Conte memberi bayangan Tottenham akan terus membeli pemain dalam usaha mereka menduduki kelompok empat teratas musim ini.

Spurs menandatangani lima pemain baharu bernilai hampir £100 juta (RM527.99 juta) termasuk Ivan Perisic, Fraser Forster, Yves Bissouma, Richarlison dan Clement Lenglet.

Namun mereka masih mencari pemain sayap dengan rundingan untuk mendapatkan pemain Middlesbrough, Djed Spence belum mencapai persetujuan sejak beberapa minggu lalu.

Conte mahu Spurs lebih kompetitif di Liga Perdana, Liga Juara-Juara selain memburu dua trofi domestik musim ini.

Pengendali dari Itali itu berkata: "Adalah baik mendapatkan lima pemain dengan cepat. Pelan kami sangat jelas mengenai posisi yang perlu diperbaiki. Kami berusaha dan berjalan lancar pada jendela ini.

"Bagi jurulatih memiliki pemain baharu dengan cepat sangat penting kerana anda akan bekerjasama dengan mereka dan menerangkan mereka idea bola sepak.

"Kami sentiasa melihat untuk memperkuatkan pasukan jika berpeluang. Ia musim yang sukar tetapi kami mahu menikmatinya, beraksi empat kejohanan dan cuba menjadi kompetitif. Kita tunggu apa berlaku."

Conte memperkatakannya kali pertama sejak penghujung musim lalu selepas membawa Spurs meraih tiket Liga Juara-Juara. Bekas pengurus Chelsea itu yang kontraknya berakhir hujung musim dengan pilihan lanjutan setahun tidak sabar memajukan asas dibinanya tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2022 @ 11:48 AM