BALE menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan Wales. -FOTO Reuters
BALE menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan Wales. -FOTO Reuters
AFP

London: Pengurus Wales, Robert Page percaya Gareth Bale perlu dikendalikan dengan berhati-hati oleh kelab barunya yang seterusnya selepas penyerang itu mencetuskan inspirasi kepada negara untuk mara ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 64 tahun.

Bale sedang mencari pasukan baharu selepas menamatkan tempoh sembilan tahun dengan penuh pergolakan di Real Madrid.

Kapten Wales itu menegaskan dia 'menerima banyak tawaran' biarpun berdepan kesukaran bermain untuk Real semasa kempen Liga Liga dan Liga Juara-Juara mereka.

Bale memberi peringatan mengenai kualiti permainannya dengan persembahan mengagumkan ketika mereka melakarkan kemenangan play-off terakhir 1-0 mengatasi Ukraine di Cardiff Ahad lalu.

Dengan Wales yang sudahpun mengesahkan tempat ke Piala Dunia di Qatar, Page berkata, bekas bintang Tottenham, Bale perlu mencari pasukan terbaik untuk sampai ke kemuncak prestasi menjelang kejohanan itu November ini.

Pasukan tanah kelahirannya Cardiff, Newcastle dan beberapa pasukan MLS di Amerika Syarikat disebut-sebut sebagai destinasi yang berpotensi menjadi pilihan.

Pemain berusia 32 tahun itu merangkul pelbagai pingat bersama Real, namun berdepan kecederaan yang panjang pada tahun-tahun terakhirnya di Sepanyol dan Page tahu adalah penting untuk mengendali kecergasannya dengan penuh berhati-hati.

"Jangan salah sangka, saya sendiri pernah menjadi pengurus kelab dan ia sukar, Apabila anda cuba untuk mencipta persekitaran itu dan anda mempunyai pemain bertaraf dunia yang lain di sekeliling anda," kata Page.

"Lebih sukar untuk melakukannya di kelab di mana anda perlu menjaga pemain dan berkata 'inilah cara kami melakukan sesuatu dan berlatih hari ini'.

Bale akan direhatkan untuk perlawanan Liga Negara-Negara Wales menentang Belanda di Cardiff pada hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2022 @ 10:17 AM