BENZEMA (kanan) cuba melepasi kawalan pertahanan Sevilla. -FOTO AFP
BENZEMA (kanan) cuba melepasi kawalan pertahanan Sevilla. -FOTO AFP
AFP

Madrid: Karim Benzema melengkapkan satu lagi kebangkitan luar biasa buat Real Madrid apabila mereka bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Sevilla 3-2 dalam aksi La Liga.

Selepas memastikan tempat ke separuh akhir Liga Juara-Juara menewaskan Chelsea Selasa lalu, Madrid mengejutkan Sevilla untuk melakarkan kemenangan dan memastikan trofi kejuaraan La Liga milik mereka.

Kekalahan itu memberi harapan baru kepada pasukan pengejar dengan Sevilla dan Barcelona yang mana kedua-duanya ketinggalan 12 mata dengan Barce mempunyai dua perlawanan dalam tangan.

Di sebalik gol pada separuh masa kedua dari Rodrygo, Nacho Fernandez dan Benzema pada minit ke-92 menyaksikan Madrid ini melebarkan kelebihan kepada 15 mata dengan baki enam perlawanan dalam tangan.

Sepakan percuma Ivan Rakitic dan jaringan Erik Lamela meletakkan Sevilla di depan di Ramon Sanchez Pizjuan.

"Adalah sukar untuk memahami mengapa kami bermain seperti itu pada separuh masa pertama dan secara jujurnya bagaimana kami bermain begitu juga pada separuh masa kedua," Carlo Ancelotti.

"Pada separuh masa pertama kami kelihatan keletihan. Memasuki babak kedua intensiti perlawanan sangat menakjubkan.

Gol Benzema menamatkan harapan Chelsea pada Selasa lalu selepas Rodrygo berjaya membawa perlawanan ke masa tambahan di Santiago Bernabeu.

Benzema kini menjaringkan 44 gol sepanjang 46 penampilan musim ini dan 15 gol pada 10 penampilan terakhirnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 April 2022 @ 7:39 AM