Penyerang Chelsea, Romelu Lukaku meraikan jaringan ketika berdepan Brighton. FOTO AFP
Penyerang Chelsea, Romelu Lukaku meraikan jaringan ketika berdepan Brighton. FOTO AFP
Reuters

London: Penyerang Chelsea, Romelu Lukaku dilaporkan bakal diketepikan dalam skuad yang berdepan Liverpool di laman sendiri tengah malam ini selepas dia meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan peranannya di Stamford Bridge menurut laporan media British.

Pemain berusia 28 tahun itu yang ditandatangani oleh Chelsea dari Inter Milan dengan rekod perpindahan 97.5 juta pounds (RM551 juta) sebelum ini memberitahu Sky Itali dia tidak gembira dengan sistem yang diterapkan pengendali kelab itu Thomas Tuchel.

Disamping menambah dia mungkin kembali beraksi di Itali.

Ditanya mengenai kenyataan pemain kebangsaan Belgium itu menjelang perlawanan berdepan Liverpool, Tuchel berkata masalah itu tidak langsung langsung membantu pasukan.

"Saya tidak suka suara yang tidak diperlukan seperti ini. Saya tidak gembira. Saya tak sangka Lukaku tidak gembira, kami akan selesaikan perkara ini secara tertutup," kata pengendali Jerman itu kepada wartawan.

Lukaku meledak dalam dua penampilan di Liga Perdana sebelum ini berdepan Aston Villa dan Brighton & Hove Albion apabila kembali bersama pasukan selepas disahkan positif Covid-19.

Dia meledak tujuh gol sepanjang 18 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.

Chelsea berada di kedudukan kedua carta liga dengan 42 mata daripada 20 perlawanan mengatasi satu mata berbanding Liverpool di tempat ketiga yang mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 11:03 PM