CHARLIE anak kepada bekas bintang Wales, Robbie Savage. FOTO Agensi
CHARLIE anak kepada bekas bintang Wales, Robbie Savage. FOTO Agensi
Agensi

London: Manchester United sedia menurunkan enam pemain remaja termasuk anak Robbie Savage dalam kesebelasan utama ketika menentang Young Boys dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Perlawanan di Old Trafford itu boleh dianggap skuad budak lawan Young Boys.

Charlie Savage antara enam pemain terbabit yang berpeluang menarik perhatian Ralf Rangnick dan Robbie semestinya berbangga dengan pencapaian anaknya.

Bekas bintang Wales itu dalam Twitternya berkata: "Hari ini antara hari paling membanggakan dalam hidup saya."

Pemain muda lain yang turut beraksi termasuk Bjorn Hardley, Charlie Wellens, Zidane Iqbal, Sam Mather dan Shola Shoretire.

Penyerang Shoretire, 17, pernah beraksi dalam skuad utama sebelum ini selain tampil tiga perlawanan ketika di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain tengah Wellens, 19, Mather, 17, dan Iqbal, 18, turut dijangka bermain termasuk pemain pertahanan berusia 18 tahun Hardley.

Ketika menentang Crystal Palace pada Ahad lalu, Rangnick, 63, memasukkan Anthony Elanga daripada bangku simpanan dan selepas United telah pun layak ke peringkat 16 terakhir, dia tampak bakal menyenaraikan pemain muda lain.

"Perlu untuk kami rehatkan beberapa pemain berdepan jadual padat dan mereka perlu pulih untuk aksi Liga Perdana.

"Tetapi pada masa sama kami perlu kekalkan momentum positif dan menangi perlawanan,'' katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Disember 2021 @ 9:55 PM