IQBAL beraksi cemerlang ketika mewakili Iraq menentang Rusia dalam perlawanan persahabatan. FOTO AFP
IQBAL beraksi cemerlang ketika mewakili Iraq menentang Rusia dalam perlawanan persahabatan. FOTO AFP
Agensi

Manchester: Penyokong Manchester United menggesa pengendali, Erik ten Hag memberikan peluang kepada Zidane Iqbal beraksi selepas penampilan cemerlangnya di peringkat antarabangsa.

Iqbal, 19, bermain 90 minit ketika Iraq tewas 0-2 kepada Russia dalam aksi persahabatan di Stadium Krestovsky, Saint Petersburg.

Ia adalah kap ketiganya untuk Iraq, tetapi kematangan ditunjukkan Iqbal menarik perhatian peminat.

Iqbal hanya tampil sekali untuk skuad utama United, sebagai pemain gantian pada minit ke-89 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang skuad Switzerland, Young Boys pada Disember 2021.

Selepas melihat aksinya ketika menentang Russia, penyokong menggesa Ten Hag memberikan lebih minit permainan kepada Iqbal.

Dalam satu klip video yang dimuat naik di media sosial, Iqbal mempamerkan aksi cemerlang dengan merampas bola di bahagian tengah, sebelum menewaskan tiga pemain dan membuat hantaran kepada rakan sepasukan.

"Kita sebenarnya sedang mensia-siakan bakatnya," kata salah seorang peminat.

"Saya tidak tahu mengapa Ten Hag tidak menyenaraikannya dalam skuad. Dia lebih baik berbanding (Kobbie) Mainoo," kata seorang lagi.

"Dia melakukan ini ketika sedang berpuasa," kata peminat lain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2023 @ 2:51 PM