Mason Greenwood meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika Manchester United mendahului Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara. FOTO AFP
Mason Greenwood meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika Manchester United mendahului Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AFP

Manchester, United Kingdom: Manchester United terikat 1-1 berdepan Young Boys pagi ini, tatkala pengendali sementara pasukan itu, Ralf Rangnick menurunkan ramai pemain muda pada aksi Liga Juara-Juara itu.

Ketika United sudah memastikan tempat di kedudukan teratas Kumpulan F, Rangnick merehatkan pemain utamanya, dengan membuat 11 perubahan daripada skuad yang menewaskan Crystal Palace pada perlawanan pertamanya selaku pengurus.

Mason Greenwood memberikan United permulaan sempurna tetapi cubaan jarak jauh Fabian Rieder sebelum tamat babak pertama memberikan satu mata buat pelawat yang belum cukup untuk menghidupkan peluang mereka dan terpaksa bermain di Liga Europa.

Greenwood, 20, adalah pemain senior di barisan tiga pemain serangan yang turut menampilkan pemain berusia 19 tahun, Amad Diallo dan Anthony Elanga.

Rangnick hadir dengan reputasi sebagai pengendali yang memberi kepercayaan kepada bakat muda.

Dia dapat merasai naluri pemusnah Greenwood sebagai penyerang apabila melakukan percubaan akrobatik yang menerima hantaran Luke Shaw selepas sembilan minit dimasukkan.

Juan Mata, pemain veteran Sepanyol yang hampir menamatkan kariernya diberikan permulaan keduanya musim ini.

Mata sepatutnya mampu menggandakan kelebihan United namun dia menyepak terlalu dekat kepada Guillaume Faivre selepas menerima hantaran baik Greenwood.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Disember 2021 @ 8:21 AM