Pelumba Pasukan Lotto dari Belgium, Tim Wellens meraikan kejayaan melintasi garisan penamat peringkat lima Vuelta. FOTO AFP
Pelumba Pasukan Lotto dari Belgium, Tim Wellens meraikan kejayaan melintasi garisan penamat peringkat lima Vuelta. FOTO AFP
AFP

Sabinanigo, Sepanyol: Pelumba Belgium, Tim Wellens mengatasi saingan pelumba Perancis, Guillaume Martin untuk merampas gelaran peringkat lima Vuelta a Espana ketika juara bertahan, Primoz Roglic menamatkan saingan di tempat keempat untuk mengekalkan kedudukan pendahulu keseluruhan.

Wellens dari Lotto-Soudal dan Martin dari Cofidis bersaingan perlumbaan sejauh 184.4km dari Huesca ke Sabinanigo.

Pelumba Jumbo-Visma, Roglic terkeluar daripada saingan pendakian pintas sebelum penamat.

"Perasaan sangat bagus," kata Wellens, yang terkeluar dari saingan Tour de France selepas kemalangan ketika latihan pada penghujung Ogos lalu.

"Saya menempuhi waktu sukar dengan perlanggaran besar dan saya perlukan masa yang lama untuk berada di kemuncak prestasi," katanya.

"Saya sedikit takut sebelum saya datang ke Vuelta."

Martin dan Wellens antara tiga pelumba yang mendahului dengan turut disertai pelumba Belanda, Thymen Arensman dari Sunweb.

"Kami meneruskan perlumbaan secara trio, kami sangat bagus bersama," kata Wellens.

Wellens meneruskan pecutan awal pada pendakian pendek sehingga ke garisan penamat. Martin cuba memberi saingan tetapi ketika menghampiri, Wellens berjaya mendahului.

"Pecutan di hujung saingan memberi kemenangan kepada saya," katanya.

"Sasaran utama pasukan adalah memperoleh kemenangan minimum satu kejuaraan di Vuelta dan ia sangat hebat ia hadir lebih awal. Jadi kini tempoh dua minggu akan datang tanpa tekanan."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 12:49 PM