VLAHOVIC meraikan jaringan ketika menentang Milan. FOTO EPA
VLAHOVIC meraikan jaringan ketika menentang Milan. FOTO EPA
AFP

Milan: Dusan Vlahovic meledak dua kali ketika Fiorentina menamatkan rekod tanpa kalah AC Milan dalam aksi Serie A apabila menang 4-3 di Florence.

Vlahovic, yang berdepan tekanan daripada penyokong Fiorentina kerana enggan menyambung kontrak, membantu tuan rumah dengan kelebihan tiga gol selepas sejam perlawanan di Stadio Artemio Franchi.

Dia menyelamatkan skuadnya sekali lagi ketika permainan berbaki lima minit dengan gol keempat selepas dua jaringan pantas Zlatan Ibrahimovic.

Alfred Duncan dan Riccardo Saponara juga menemui sasaran buat tuan rumah dan Lorenzo Venuti menjaringkan gol sendiri pada masa kecederaan.

Skuad kendalian Vincenzo Italiano, Fiorentina kini di kedudukan keenam dengan 21 mata, empat mata daripada tempat ke Liga Juara-Juara

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 November 2021 @ 2:51 PM