KOSTIC (belakang) menjaringkan gol pendahuluan buat Juventus. FOTO EPA
KOSTIC (belakang) menjaringkan gol pendahuluan buat Juventus. FOTO EPA
Reuters

Milan: Juventus menang 3-0 di tempat sendiri ke atas Bologna menerusi jaringan Filip Kostic, Dusan Vlahovic dan Arkadiusz Milik pada aksi Serie A, semalam, sekali gus meredakan tekanan terhadap pengurus, Max Allegri.

Kemenangan itu menyaksikan Juve menduduki tempat ketujuh dengan 13 mata daripada lapan perlawanan dan ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Napoli.

"Ia adalah kemenangan mutlak dan cukup penting bagi kami selepas tidak menang selama sebulan.

"Pemain memang bagus, kami terus merendah diri kerana masih berada di belakang," kata Allegri kepada DAZN.

Pemain tengah Juve, Kostic menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-24 yang juga gol pertamanya dalam Serie A menerusi rakan sepasukannya di Serbia, Vlahovic.

Vlahovic menjaringkan gol kedua pada minit ke-59 sebelum Milik merembat masuk dari dalam kotak penalti tiga minit kemudian.

"Milik adalah pemain yang mampu bermain bola sepak dengan baik, tetapi paling penting adalah dia dapat bergandingan baik dengan Vlahovic," kata Allegri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2022 @ 10:29 AM