PENYERANG Sabah FC, Amri Yahyah diasak pertahanan  JDT  di Stadium Likas. FOTO Bernama
PENYERANG Sabah FC, Amri Yahyah diasak pertahanan JDT di Stadium Likas. FOTO Bernama

Kota Kinabalu: Hasrat Sabah FC untuk meraih kemenangan pertama dalam aksi Piala Malaysia 2021 di laman sendiri tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Likas, sebentar tadi.

Pasukan pelawat membuka tirai jaringan menerusi rembatan Hazwan Bakri pada minit keempat selepas memanfaatkan kesilapan pemain tuan rumah yang kurang cermat menghantar bola ke belakang.

Gol kedua JDT menyusul sembilan minit kemudian hasil jaringan Gonzalo Cabrera juga hasil kesilapan pemain Sabah ketika melakukan hantaran sehingga membolehkan pelawat melebarkan kedudukan.

Ketinggalan 0-2 tidak mematahkan semangat Sabah untuk melancarkan serangan namun pelawat cekal bertahan untuk meraih tiga mata penuh sekali gus menghampakan hampir 6,000 penyokong di Stadium Likas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 11:05 PM