HARRY Kane (kanan) dan Jack Grealish antara tonggak utama England. FOTO AFP
HARRY Kane (kanan) dan Jack Grealish antara tonggak utama England. FOTO AFP
Agensi

London: England akhirnya akan menewaskan Jerman apabila kedua-duanya bertemu pada pusingan kedua Euro 2020, menurut super komputer.

Bagaimanapun Three Lions akan berdepan kekecewaan di pentas final sekali gus terus kempunan untuk menjulang trofi berpestij itu.

Skuad bimbingan Gareth Southgate menjuarai Kumpulan D selepas menewaskan Croatia dan Republik Czech untuk melangkah ke pusingan kalah mati bertemu Jerman.

Menariknya, England tidak pernah menewaskan seteru utama mereka itu di kejohanan utama sejak kali terakhir di peringkat kumpulan pada Euro 2000.

England tewas kepada Jerman dalam kebanyakan perlawanan besar seperti separuh akhir Euro 96, Itali 90 selain pusingan kedua Piala Dunia 2010.

Bagaimanapun England akan menewaskan Jerman pada aksi tengah malam Selasa ini di Wembley, menurut super komputer.

Sweden akan menewaskan Ukraine pada pusingan kedua sekali gus bertemu England di suku akhir.

England kemudian akan memenangi perlawanan itu dan bakal bertemu Belanda di separuh akhir.

Menurut super komputer itu, Belanda akan menewaskan Republik Czech di pusingan kedua dan Denmark di suku akhir.

England kemudian akan menewaskan Belanda di separuh akhir untuk bertemu juara dunia 2018, Perancis di pentas final.

Bagaimanapun England tidak mampu untuk menewaskan Perancis yang mempunyai skuad mantap.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Jun 2021 @ 7:30 AM