STERLING  meledak gol pertama England. FOTO AFP
STERLING meledak gol pertama England. FOTO AFP
Agensi

London: England sudah mula mengimpikan kejuaraan Euro 2020 selepas menewaskan Jerman 2-0 pada pusingan kedua awal pagi tadi.

Dua gol daripada Raheem Sterling dan Harry Kane pada babak kedua membawa skuad Gareth Southgate ke suku akhir dan kini selepas beberapa keputusan perlawanan lain bagaikan memberi tuah kepada mereka, peluang England ke final impian tampak cerah.

Sebelum aksi Three Lions menentang Jerman, Belanda tewas mengejut dalam aksi kalah mati kepada Republik Czech yang menyebabkan Frank de Boer meletak jawatan.

Itu bermakna lawan paling sukar England dalam laluan undian sudah tersingkir dan dengan Perancis dan Portugal - pemenang dua kejohanan utama terakhir turut mengalami nasib sama, Southgate berpeluang menebus kekecewaannya 25 tahun lalu ketika Euro 96.

PENYOKONG England meraikan kemenangan di Wembley. FOTO AFP
PENYOKONG England meraikan kemenangan di Wembley. FOTO AFP

England rmenang 1-0 ke atas Croatia dan Czech Republik di peringkat kumpulan namun seri dengan Scotland.

Selepas Southgate dan pemainnya mengetuai Kumpulan D, mereka tahu tugas getir menanti apabila perlu menentang naib juara Kumpulan F yang digelar 'kumpulan maut dan Jerman menunggu selepas seri 2-2 dengan Hungary namun tersingkir di Wembley awal pagi tadi.

Sweden pula memberikan kelebihan kepada England apabila memintas Sepanyol untuk menjuarai Kumpulan E. Ini bermakna Three Lions dapat mengelak daripada berjumpa Sepanyol di suku akhir.

England menewaskan Sweden 2-0 pada suku akhir Piala Dunia 2018 dan mereka yakin dapat mengulangi kejayaan sama namun tanpa diduga Ukraine mencipta kejutan apabila menewaskan Sweden 2-1 di Glasgow sekali gus tampak memudahkan lagi misi Three Lions untuk layak ke final Euro 2020.

Jika layak ke separuh akhir, England bakal berdepan sama ada Denmark atau Republik Czech dan final di Wembley menunggu pada 12 Julai.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 7:33 AM