Pemain berpengalaman Jerman, Thomas Muller. FOTO Agensi
Pemain berpengalaman Jerman, Thomas Muller. FOTO Agensi
Agensi

Munich: Pengendali Jerman, Joachim Low akan menunggu hingga saat akhir sama ada menurunkan Thomas Muller pada aksi terakhir peringkat kumpulan di Euro 2020 menentang Hungary, pagi ini.

Muller memiliki 100 kap bersama pasukan negaranya dan rekod kebangsaan termasuk 38 gol, 36 bantuan gol dan pemenang kasut emas Piala Dunia pada 2010.

Pemain berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan lutut ketika Jerman menewaskan juara bertahan, Portugal, 4-2 yang memulakan kempen kejohanan dengan cemerlang sebelum kedudukan mereka dalam kumpulan maut itu untuk layak ke pusingan kalah mati masih menjadi tanda tanya.

"Selepas perlawanan berdepan Portugal, beberapa pemain mengalami kecederaan dan disebabkan itu kami mengenal pastinya ketika di padang," kata Low.

"Staf perubatan kami mempunyai tugas yang banyak bagi dua atau tiga hari kebelakangan ini tetapi pagi ini, pada latihan akhir, semua pemain seperti Mats Hummels, Ilkay Gundogan, mereka kembali menjalani latihan bersama pasukan.

"Hanya Thomas Muller tidak dapat menyertai latihan dan begitu juga Lukas Klostermann. Dengan Thomas Muller kami perlu melakukan ujian akhir sementara pemain lain menjalani latihan di hotel.

"Kami akan membuat keputusan sama ada Muller akan berada dalam perancangan kami atau sebaliknya."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 8:30 PM