Horacio (kiri) meninggal dunia empat bulan selepas Emiliano. FOTO AP
Horacio (kiri) meninggal dunia empat bulan selepas Emiliano. FOTO AP
Agensi

BAPA kepada mendiang pemain bolasepak, Emiliano Sala iaitu Horacio, meninggal dunia, hari ini, empat bulan selepas anaknya itu terbunuh dalam tragedi kapal terbang terhempas.

Horacio Sala, 58, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di bandar Progreso, Argentina, menurut laporan media tempatan.

Anaknya berusia 28 tahun itu, Emiliano yang dalam penerbangan ke Cardiff pada Januari lalu untuk berhijrah dari kelab Perancis, Nantes sebelum kapal terbang Piper Malibu dikendali juruterbang, David Ibbotson terhempas di Selat Inggeris yang menyebabkan kedua-duanya terbunuh.

Horacio mengalami masalah kesihatan memberitahu penyakit dihidapinya dalam temu ramah beberapa hari selepas kemalangan itu berlaku.

Pada awal Februari lalu, Horacio memberitahu TV Argentina: “Saya tidak dapat mempercayainya. Ia adalah mimpi. Mimpi buruk. Saya begitu terdesak.”

Dia menyifatkan anaknya itu sebagai seorang yang merendah diri: “Dia jenis seseorang yang akan memanfaatkan kelebihan dimilikinya.”

Kematian Horacio disahkan oleh ahli politik tempatan, Julio Muller.

Dia berkata, pasukan paramedik yang bergegas ke rumahnya gagal menyelamatkannya. .

Muller memberitahu stesen radio La Red: “Pada jam 5 pagi, isterinya menelefon saya dan begitu terkejut.

“Doktor berada di rumahnya tetapi apabila saya tiba, dia sudah tiada.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2019 @ 7:10 PM