SAM dan Smalling berkongsi pengalaman ternampak UFO di Instagram. FOTO Agensi
SAM dan Smalling berkongsi pengalaman ternampak UFO di Instagram. FOTO Agensi
Agensi

Kingston: Pertahanan AS Roma, Chris Smalling dan isterinya, Sam Cooke mendakwa mereka ternampak objek terbang tidak dikenali (UFO) malam semalam.

Mereka yang sedang bercuti di Jamaica berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram.

Isteri Smalling mula berkongsi mengenai perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya bahawa mereka tidak mengambil magic mushroom atau apa saja bahan lain yang mengkhayalkan ketika bercuti bersama keluarga.

Sam, 35, menjelaskan bahawa objek itu terbang rendah melintasi mereka sebelum meluncur laju ke atas awan dan terapung dalam tempoh sejam atau lebih.

Dia yang juga seorang model popular dari Manchester, menjelaskan objek berkenaan pegun senyap di awan dan sangat kecil untuk dirakam.

Smalling pula mendakwa dapat melihat sendiri objek berkenaan berputar dan mempunyai lampu di sekeliling.

Sam mendakwa mereka berdua sebenarnya boleh untuk merakam objek berkenaan ketika melintasi mereka namun berada dalam keadaan terperanjat dan tidak menjangka akan berdepan situasi luar biasa itu.

Bagi meyakinkan pengikutnya di Instagram, Sam berkongsi kali kedua dengan apa yang dilihatnya dengan menyatakan bahawa dia 100 bilion peratus percaya objek berkenaan bukan drone.

"Ia besar dan sangat canggih dengan lampu samar di sekeliling. Bentuknya bukan seperti drone. Ia bukan kapal terbang atau seumpamanya. Ia tidak berbunyi malah drone pun mengeluarkan bunyi lebih kuat.

"Saya tidak dapat apa-apa keuntungan berkongsi perkara ini. Hanya ramai pengikut saya merasakan saya gila," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Jun 2021 @ 11:57 AM