STALLLONE (kiri) dan McGregor. FOTO Agensi
STALLLONE (kiri) dan McGregor. FOTO Agensi
Agensi

London: Conor McGregor berhak memperolehi saham di UFC, menurut legenda filem, Sylvester Stallone.

Bekas juara dunia dua kategori berusia 32 tahun itu kembali daripada persaraan apabila berdepan Dustin Poirier di UFC 257 Ahad ini.

Ketika McGregor bersara daripada UFC buat kali kedua, Stallone berkata The Notorious sepatutnya diberi peluang memiliki saham.

Bercakap kepada TMZ Sports, pelakon veteran berusia 73 tahun itu memberi bayangan sedia membantu McGregor.

Ketika ditanya sama ada dia sedia memberikan sebahagian daripada sahamnya, Stallone menjawab 'sudah tentu'.

Aktor legenda dengan gelaran Sly adalah salah seorang daripada 23 individu yang membeli saham dalam organisasi pertarungan itu ketika ia terbabit dalam pengambil alihan bernilai £4 bilion (RM22 bilion) pada 2016.

Sebelum ini, dua lagi aktor, Mark Wahlberg dan pengacara 'talk show' Conan O'Brien, dicabar oleh McGregor untuk bertarung susulan jenaka O'Brien yang menawarkan saham dalam UFC sebagai hadiah.

McGregor pula mengakui dia bersara daripada UFC tahun lalu kerana ia tidak lagi menggembirakan jaguh Ireland itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2021 @ 8:41 PM