CONOR McGregor. FOTO Agensi
CONOR McGregor. FOTO Agensi
Agensi

London: Bintang UFC, Conor McGregor mencetuskan sensasi apabila mendakwa dia terbuka untuk membeli Chelsea.

Pemilik kelab juara Eropah dari Rusia, Roman Abramovich mengesahkan mahu menjual kelab itu dengan tawaran bernilai £3 bilion (Rm16.8 bilion).

Abramovich bersedia untuk menjual kelab itu dalam masa terdekat jika mendapat tawaran yang dikehendakinya ketika dirinya berdepan ancaman untuk disenarai hitam oleh kerajaan UK berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

McGregor, 33, memberi bayangan bahawa dia bersedia membincangkan perkara itu dan kemudian memberitahu Chelsea berhubung keputusannya.

"Saya mahu meneroka perkara ini @ChelseaFC," katanya di Twitter.

Ia bukanlah kali pertama penyokong tegar Manchester United itu menyatakan minatnya untuk membeli pasukan bola sepak.

McGregor sebelum ini pernah mengadakan perbincangan dengan pemegang saham individu terbesar di Celtic, Dermot Desmond berhubung keinginannya memperoleh saham kelab itu.

Dia juga pernah menyatakan minat untuk menjadi pemilik Manchester United.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2022 @ 11:28 AM