PEMAIN Leicester Youri Tielemans (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Manchester City Rodri (kanan). FOTO EPA
PEMAIN Leicester Youri Tielemans (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Manchester City Rodri (kanan). FOTO EPA
AFP

London: Manchester City menghampiri gelaran juara Liga Perdana selepas melakarkan kemenangan 2-0 ke atas Leicester ketika skuad kendalian Thomas Tuchel berdepan kekalahan kepada West Bromwich Albion 2-5 semalam.

City kini melebarkan jurang mata dengan pasukan di tangga kedua Manchester United kepada 17 mata selepas mencatatkan kemenangan ke-15 berturut-turut di tempat lawan dalam semua pertandingan.

United boleh merapatkan jurang jika mereka mencatatkan kemenangan ke atas hari ini Brighton dengan bekalan satu lagi perlawanan dalam tangan namun ia tampak sukar untuk menghalang skuad Pep Guardiola merangkul gelaran ketiga dalam tempoh empat musim.

Jaringan Benjamin Mendy dan Gabriel Jesus memusnahkan harapan penghuni tangga ketiga liga Leicester di Stadium King Power.

City, yang memburu empat kejuaraan musim ini, akan bertemu Borussia Dortmund dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara esok.

"Ia langkah besar untuk memenangi Liga Perdana. Liga Perdana Inggeris adalah pertandingan paling indah untuk dimenangi.

"Ia memakan masa 11 bulan dan amat sukar. Kami amat hampir," kata Guardiola.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 April 2021 @ 9:22 AM