Penyerang PSG, Kylian Mbappe (tengah) meledak hatrik pada aksi berdepan Barcelona. FOTO AFP
Penyerang PSG, Kylian Mbappe (tengah) meledak hatrik pada aksi berdepan Barcelona. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Kylian Mbappe percaya Paris Saint-Germain masih belum mencapai kemuncak prestasi mereka selepas jaringan hatriknya membantu menewaskan Barcelona 4-1 dalam aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara di Camp Nou, pagi ini.

"Kami amat berpuas hati. Ia adalah perlawanan yang amat penting buat kami.

"Kami mahu datang ke sini dan menang, dan kami lakukannya dengan penuh gaya," kata Mbappe kepada stesen penyiaran Perancis, RMC Sport selepas PSG bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan pada aksi itu.

Kemenangan itu diraih tanpa bintang utama PSG Neymar dan Angel Di Maria yang cedera, dengan Barcelona terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti Lionel Messi.

Moise Kean turut meledak jaringan dalam kemenangan kelab Perancis itu.

Mbappe adalah pemain pelawat kedua yang meledak hatrik ke atas Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara di Camp Nou selepas Andriy Schevchenko untuk Dynamo Kiev pada 1997.

Kekalahan 4-0 kepada kelab Ukraine itu di peringkat kumpulan adalah kali terakhir Barca dibolosi empat gol di laman sendiri dalam saingan Eropah.

Barca akan bertandang ke Paris untuk aksi timbal balik pada 10 Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2021 @ 7:50 AM