Pemain Barcelona meraikan jaringan kemenangan yang dijaringkan Andreas Christensen. - AFP
Pemain Barcelona meraikan jaringan kemenangan yang dijaringkan Andreas Christensen. - AFP
AFP

Paris: Andreas Christensen membuktikannya adalah sebagai 'super sub' apabila meledak gol kemenangan Barcelona ketika menewaskan Paris Saint-Germain 3-2 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah di Paris.

Raphinha sebelum itu dua kali menjaringkan gol untuk skuad Catalan di Parc des Princes, membuka jaringan di akhir babak pertama dan meledak gol penyamaan untuk menjadikan kedudukan 2-2 di pertengahan babak kedua.

PSG bangkit daripada persembahan hambar di babak pertama dengan meledak dua gol dalam tempoh enam minit di babak kedua.

Ousmane Dembele membolosi gawang kelab lamanya untuk gol penyamaan PSG, dan Vitinha meletakkan kelab Paris itu di depan sebelum Barca bangkit memenangi permainan.

Jaringan Christensen, yang hadir selepas dia dimasukkan sebagai pemain gantian pada hari jadinya yang ke-28, menamatkan deretan 27 perlawanan tanpa kalah PSG dan kelebihan kepada Barca menjelang aksi timbal balik Selasa depan.

Aksi kedua itu akan berlangsung di Montjuic, gelanggang sementara kelab Catalan itu, bukan di Camp Nou yang menyaksikan kemenangan 6-1 Barcelona ke atas PSG pada tahun 2017 dan ledakan hatrik Kylian Mbappe dalam pertemuan pada tahun 2017 antara kedua-dua pasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2024 @ 8:53 AM