ARTETA tidak pernah menimbang meninggalkan kelab itu. FOTO AFP
ARTETA tidak pernah menimbang meninggalkan kelab itu. FOTO AFP
Agensi

London: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta berkata dia tidak mempunyai rancangan untuk meninggalkan tugasnya itu dan berasakan bahawa dia mendapat sokongan kelab.

The Gunners gagal meraih kemenangan daripada tujuh perlawanan Liga Perdana sebelum ini, tewas lima dan seri dua dan kini menyaksikan mereka menghuni kedudukan ke-15 liga.

"Saya tidak suka memikirkan mengenai langkah seterusnya (meninggalkan tugas ini) kerana ketika itu saya akan memikirkan dengan cara yang negatif dan saya tidak dapat melakukannya," kata Arteta.

"Pada ketika ini saya perlu cuba untuk menjadi positif yang boleh."

"Kami berdepan dengan banyak kesukaran, perkara terakhir yang ingin kami fikirkan adalah banyak masalah yang akan datang untuk beberapa bulan seterusnya. Saya tidak boleh berfikiran seperti itu," katanya.

"Saya tahu tanggungjawab yang saya ada dan itu sebab saya di sini. Semua tahu mengenainya beberapa bulan lalu dan ia tidak akan dapat diselesaikan dengan cepat. Saya rasa itulah yang difikirkan oleh semua orang di kelab."

Arteta dilantik oleh Gunners pada Disember 2019 dan mengemudi kelab itu menjulang Piala FA musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2020 @ 10:28 AM