MUSTAFI mengerang kesakitan selepas mengalami kecederaan ketika menentang Manchester City dalam aksi separuh akhir Piala FA. FOTO Agensi
MUSTAFI mengerang kesakitan selepas mengalami kecederaan ketika menentang Manchester City dalam aksi separuh akhir Piala FA. FOTO Agensi
Agensi

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta mengakui dia tak pasti sama ada Shkodran Mustafi yang mengalami kecederaan hamstring pada aksi separuh akhir Piala FA mampu pulih untuk berdepan Chelsea di Wembley, Sabtu depan.

Perkembangan terbaru itu pasti meresahkan Gunners dan Mustafi sendiri yang semakin menyerlah di bawah kendalian Arteta. Dia yang sebelum ini hampir tidak diperlukan lagi kini menjadi pemain utama di bahagian tengah.

"Ya, benar Musti cedera dan kami perlu mengkaji berapa lama tempoh diperlukan," kata Arteta yang kemudian ditanya sama ada pemain itu mampu cergas menjelang final.

"Saya ragu dan saya tak tahu. Kami perlu tunggu perkembangannya dalam tempoh beberapa hari tetapi buat masa sekarang, saya tak pasti."

Arteta berkata secara jujurnya dia berpendapat jika mereka menjuarai Piala FA dan menamatkan kedudukan di tangga kelapan ia tidak cukup buat kelab.

Menurutnya: "Bagi saya, kelab ini berhak mendapat yang terbaik dan anda perlu berjuang untuk setiap gelaran. Apabila semuanya berlaku, kami menang piala dan layak ke Eropah, barulah ok. Tetapi kami gagal mencapai tahap itu.

Arteta berkata: "Kami tidak konsisten. Kami berdepan pelbagai isu dan pada akhirnya kami tak cukup baik untuk setanding dengan kelompok teratas."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2020 @ 9:16 AM