SMITH Rowe perlu lebih tajam di depan gawang. FOTO Agensi
SMITH Rowe perlu lebih tajam di depan gawang. FOTO Agensi
Agensi

London: Bos Arsenal, Mikel Arteta berkata Emile Smith Rowe perlu menjadi 'lebih baik' dan meletakkan diri dalam posisi terbaik menjaringkan gol.

Pemain berusia 20 tahun itu menjaringkan gol ketika Gunner tewas 1-2 kepada Hibernian pada perlawanan pertama pra-musim.

Smith Rowe sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Aston Villa dengan Arsenal menolak dua tawaran £25 juta dan £30 juta dari kelab Midlands untuk mendapatkan pemain tengah itu.

Arsenal berminat untuk mengekalkan perancang utama itu namun Arteta berkata dia perlu memperbaiki prestasinya dengan menjaringkan gol pada masa depan.

"Dia tahu ini adalah sebahagian daripada permainan yang dia perlukan untuk menjadi lebih baik.

"Kami banyak berusaha ke arah itu dan anda boleh lihat posisi dia berada hari ini. Dia mencipta dua atau tidak peluang besar," kata Arteta.

Arsenal beraksi di bawah kemampuan di Edinburgh pada aksi pertama kempen pra-musim.

Arteta mengakui dia kecewa kerana kalah tapi menegaskan bahawa ini adalah aksi persahabatan dan pra musim.

"Saya menang kecewa apabila kami tewas dalam perlawanan bola sepak tapi ini baru perlawanan pertama, kami bermain dengan ramai pemain muda dan kami hanya menjalani empat sesi latihan," kata Arteta.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Julai 2021 @ 11:04 AM