PEMAIN tengah Leeds Daniel James (tengah) dalam aksi perlawanan menentang Arsenal. FOTO AFP
PEMAIN tengah Leeds Daniel James (tengah) dalam aksi perlawanan menentang Arsenal. FOTO AFP
AFP

Leeds: Arsenal kembali mengukuhkan kedudukan mereka di kelompok empat teratas Liga Perdana selepas membelasah Leeds 4-1 dalam satu-satunya perlawanan Liga Perdana awal pagi tadi di sebalik penangguhan banyak perlawanan akibat Covid-19.

Dua gol dari Gabriel Martinelli dan Bukayo Saka meletakkan Gunners di kedudukan selesa 3-0 pada babak pertama.

Penalti Raphinha mengurangkan jurang namun Emile Smith Rowe terus menambah derita Leeds bagi melengkapkan minggu yang sukar selepas di belasah 7-0 oleh Manchester City Selasa lalu.

"Kami bertuah dapat bermain hari ini dengan apa yang sudah berlaku," kata pengendali Arsenal Mikel Arteta.

"Saya memberi tahu pemain untuk menikmati perlawanan dan memberi segala-galanya kerana saya tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini."

Arteta sebelum ini pernah di sahkan positif Covid-19 pada Mac 2020 yang mempercepatkan penutupan Liga Perdana selama tiga bulan kerana pandemik.

Enam daripada 10 perlawanan liga utama England yang dijadualkan minggu ini dibatalkan kerana peningkatan varian baharu, Omicron.

Mesyuarat 20 kelab Liga Perdana akan berlangsung esok bagi membuat keputusan sama ada meneruskan hingga aksi 'Boxing Day' hujung minggu depan atau terus memberhentikan seketika musim.

Arteta sebelum ini meminta keputusan lebih konsisten mengenai perlawanan selepas Gunners dipaksa bermain perlawanan pertama musim di Brentford pada Ogos walaupun sedang berlaku penularan.

"Sekarang ini bermain selagi anda boleh bermain. Liga perdana akan buat keputusan terbaik untuk setiap orang tapi kami mahu bermain di bawah peraturan yang sama.

"Di situlah saya fikir mereka perlu tampil ke depan, Apa saja keputusan yang mereka putuskan yang terbaik untuk pertandingan perlu dijelaskan."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Disember 2021 @ 8:12 AM