AINSLEY Maitland-Niles kecewa selepas pasukannya tumpas 1-2 kepada Everton di Goodison Park. FOTO Agensi
AINSLEY Maitland-Niles kecewa selepas pasukannya tumpas 1-2 kepada Everton di Goodison Park. FOTO Agensi
AFP

London: Everton terus memberi tekanan kepada pengurus Arsenal, Mikel Arteta apabila The Toffees berjaya melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatatkan kemenangan 2-1 di depan 2,000 penyokong sendiri di Goodison Park awal pagi tadi.

Sementara itu, Manchester City berjaya meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Southampton hasil jaringan tunggal Raheem Sterling walaupun beraksi di tempat lawan.

Newcastle United yang dihimpit masalah Covid-19 berkongsi mata dengan pasukan pelawat, Fulham apabila kedua-duanya terikat 1-1.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 7:41 AM