SMALLING sangat diperlukan Roma selepas berjaya mempamerkan aksi cemerlang di Serie A. FOTO Agensi
SMALLING sangat diperlukan Roma selepas berjaya mempamerkan aksi cemerlang di Serie A. FOTO Agensi
AFP

Rome: AS Roma akhirnya memiliki pertahanan England, Chris Smalling secara tetap apabila membayar €15 juta (RM73.43 juta) dari Manchester United.

Dalam satu kenyataan, Roma berkata pemain berusia 30 tahun itu yang beraksi secara pinjaman dan meledak tiga gol dalam 37 penampilan di semua kejohanan, menandatangani perjanjian bersama kelab Itali itu sehingga hujung Jun 2023.

Smalling sudah membiasakan diri dengan kehidupan di bandaraya ini dan diberi gelaran 'Smalldini' kerana persembahan baik di bahagian pertahanan Roma.

"Tiada apa yang datang dengan mudah dalam hidup ini. Minda dan hati saya sentiasa berada di Rome. Saya gembira akhirnya menjadi milik anda. Daje (Mari teruskan) Roma!," kata Smalling.

Perjanjian berkenaan berlanjutan sehingga penamat perpindahan dan dilaporkan hanya didaftarkan pada saat akhir termasuk tambahan lima juta euro (RM24.48 juta) menurut laporan media.

Smalling ditandatangani oleh Alex Ferguson pada 2010 dari Fulham, dan melakukan 323 penampilan buat kelab dengan menjaringkan 18 gol.

Roma juga mengumumkan mereka menjual pemain sayap Argentina, Diego Perotti kepada kelab Turki, Fenerbahce yang menamatkan tempoh lima tahun pemain itu di kelab berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 12:15 PM