SMALLING tekad calar ego Juve. FOTO/AFP
SMALLING tekad calar ego Juve. FOTO/AFP
Agensi

BOURNEMOUTH: Pemain Manchester United Chris Smalling berkata, dia dan rakan sepasukannya terlalu menghormati Juventus pada pertembungan Liga Juara-Juara baru-baru ini dan mencabar rakan sepasukan untuk menebus kesilapan itu pada aksi timbal balik nanti.

Juventus menang 1-0 ketika bertandang ke Old Trafford pada perlawanan yang menyaksikan United dihukum kerana bermula hambar sebelum tampil lebih baik di babak kedua.

Smalling berkata, dia dan rakan sepasukannya memperbaiki persembahan selepas rehat, dan ia mencetus keyakinan yang mereka mampu mendapatkan sesuatu di Stadium Allianz.

"Menentang Juventus, kami bermula dengan rasa hormat terlalu tinggi, kami kehilangan rentak dan mereka mengambil kesempatan tetapi di babak kedua kami mampu mencabar mereka,” kata Smalling.

“Kami mencipta peluang dan kami boleh meneruskan rentak di babak kedua itu apabila bertandang ke Turin. Saya rasa anda akan melihat persembahan lebih baik daripada sebelumnya, terutama di babak pertama.

“Juve tidak dibolosi banyak gol dan kami berharap dapat mendapatkan rentak secepat mungkin. Anda akan menyaksikan penampilan berbeza Rabu ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 November 2018 @ 11:44 AM