Aksi pertahanan AS Roma, Chris Smalling (kanan) ketika perlawanan Serie A Itali berdepan Juventus di Turin. FOTO AFP
Aksi pertahanan AS Roma, Chris Smalling (kanan) ketika perlawanan Serie A Itali berdepan Juventus di Turin. FOTO AFP
Agensi

BOS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui Chris Smalling membuktikan dirinya bernilai selepas dipinjamkan ke Roma.

Bercakap pada sidang media menjelang perlawanan United berdepan LASK dalam saingan Liga Europa di Stadium Old Trafford, awal pagi ini, pengendali dari Norway itu menyedari situasi dilalui pemain pertahan itu.

Smalling kembali ke Red Devils hari ini selepas dipinjamkan ke Roma.

"Saya fikir Chris sudah menunjukkan, sepanjang kariernya di Manchester United, bagaimana dia seorang pemain bernilai untuk United.

"Musim ini adalah mengenai dirinya kerap diturunkan dan pergi ke Roma, menunjukkan dan membuktikan bagaimana bagus seorang pertahanan tengah sepertinya," katanya.

"Saya beri ruangan kepada Harry Maguire dan Victor Lindelof dan mungkin Axel Tuanzebe peluang dan dia mengetahui adalah lebih baik bagi dirinya untuk pergi beraksi bersama Roma selama semusim."

"Kini dia kembali. Chris membuktikan musim ini bahawa dia bernilai jadi saya sudah bercakap dengan Chris dan dia sangat gembira dengan aksi semusim dipinjamkan."

Roma masih lagi dalam perbincangan bersama kelab Inggeris berkenaan berhubung perjanjian perpindahan tetap bagi pertahanan tengah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 10:32 AM