Javi Gracia memulakan tugas di Valencia. FOTO Agensi
Javi Gracia memulakan tugas di Valencia. FOTO Agensi
AFP

VALENCIA berdepan dua kes positif Covid-19 umum kelab La Liga itu hari ini hanya sehari selepas pemain dan staf kembali bagi pra musim.

Identiti dua individu berkenaan masih menjadi tanda tanya. Bagaimanapun, kedua-duanya menjalani tempoh pengasingan di rumah dan pihak kelab sudah memaklumkan kepada agensi kesihatan Sepanyol.

Ia meneruskan peningkatan dari segi jumlah individu terjejas membabitkan antara pasukan La Liga selepas pemain Atletico Madrid, Sime Vrsaljko dan Angel Correa kedua-duanya didapati positif pada Sabtu lalu.

Penyerang Real Madrid, Mariano Diaz dan pemain tengah Sevilla, Nemanja Gudelj juga dijangkiti sekitar dua minggu lalu.

La Liga menamatkan musim 2019/20 pada 19 Julai lalu dan merancang memulakan kempen 2020/21 pada 12 September, selepas aksi Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

Valencia melakukan persediaan pra musim minggu ini di bawah kendalian jurulatih baharu, Javi Gracia, yang dilantik dua minggu lalu susulan pemecatan Albert Celades pada Jun.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 8:14 PM