Penyerang Valencia, Rodrigo Moreno menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Real Valladolid, Yoel Rodriguez (kanan). FOTO AFP.
Penyerang Valencia, Rodrigo Moreno menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Real Valladolid, Yoel Rodriguez (kanan). FOTO AFP.
AFP

VALENCIA berjaya mengatasi debaran untuk menjadi pasukan terakhir layak ke Liga Juara-Juara awal pagi tadi tatkala mencatat kemenangan 2-0 ke atas Real Valladolid sekali gus meranapkan impian Getafe dan Sevilla merampas kedudukan keempat itu.

Getafe perlu mendapat keputusan lebih baik daripada Valencia di Estadio Jose Zorrilla ketika mereka berdepan Villarreal, manakala Sevilla perlu menewaskan Athletic Bilbao dan berharap Getafe dan Valencia tewas.

Sevilla melakukan tugas mereka dengan mengetepikan Bilbao 2-0 manakala Getafe seri 2-2 namun Valencia memastikan keputusan itu tidak bermakna dan mara ke Liga Juara-Juara buat kali kedua berturut-turut.

“Ia adalah musim yang menakjubkan,” kata jurulatih Valencia, Marcelino. “Kami mempunyai banyak masalah tetapi kami kekal tenang. Untuk kembali ke Liga Juara-Juara semula adalah pencapaian yang hebat.”

Valencia berkedudukan tujuh mata di belakang Real Madrid, yang akan menentang Real Betis di laman sendiri hari ini dan 15 mata di belakang pasukan di tempat kedua, Atletico, yang seri 2-2 di Levante dengan Antoine Griezmann diejek pada perlawanan terakhir buatnya di kelab itu.

Di kedudukan terbawah, Girona menyertai Rayo Vallecano dan Huesca yang tersingkir selepas tewas 2-1 kepada Alaves.

Peluang Valencia untuk beraksi di Liga Juara-Juara tampak tipis dengan permulaan musim yang kurang meyakinkan apabila berada di tangga ke-15 selepas 15 perlawanan, namun mereka bertahan untuk mencatat kemenangan dan berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat teratas.

Berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Piala Europa namun kekalan kepada Arsenal dua minggu lalu menutup laluan mereka ke Liga Juara-Juara.

Musim mereka mungkin sedikit meriah jika mampu menewaskan Barcelona dan memenangi Copa del Rey pada 25 Mei ini.

“Ia adalah satu pencapaian yang diimpikan selepas mengharungi musim yang sukar,” kata kapten Dani Parejo. “Tetapi masih ada satu lagi misi untuk dilaksanakan.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 8:35 AM