LINGARD dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal. FOTO AGENSI
LINGARD dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal. FOTO AGENSI
Agensi

ARSENAL sama seperti kebanyakkan pasukan lain di dunia yang tidak dapat beraksi berikutan pandemik Covid-19 namun satu perkara masih boleh mereka lakukan cuba memancing pemain.

Khabar angin mengenai perpindahan pemain masih bertahan dan berlegar ketika di musim wabak pandemik ini.

Antara pemain yang dikaitkan dengan kelab utara London ini ialah pemain sayap Manchester United, Jesse Lingard.

Menurut The Athletic, Arsenal adalah destinasi terbaik buat pemain antarabangsa England itu.

Jika berlaku, sekali lagi United dan Arsenal melakukan rundingan yang sama seperti pembelian pemain sebelum ini membabitkan Alexis Sanchez, Henrikh Mkhitaryan, Robin van Persie dan Danny Welbeck.

Seorang lagi pemain United yang dikaitkan akan ke Emirates ialah Chris Smalling, yang sekarang ini dipinjamkan ke AS Roma.

Corrierre dello Sport berkata, Smalling mungkin akan berpindah ke Arsenal selepas tempoh pinjamanya di Roma berakhir namun kelab Itali itu mahu mengekalkannya secara tetap sebaik musim berakhir.

Kedua-dua pemain dilaporkan bernilai di antara 20 hingga ke 25 juta pound (RM107 hingga RM134 juta).

Selain itu, Arsenal juga dikaitkan dengan beberapa lagi pemain pertahanan tengah.

Salah seorang pemain dikaitkan dengan pasukan bimbingan Mikel Arteta itu ialah pertahanan tengah Bayern Munich, Chris Richards.

Akhbar tabloid Jerman, Bild melaporkan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berpangkalan di London berminat untuk menyambar Richards.

Arsenal juga diberi lampu hijau oleh Real Madrid untuk menandatangani Dani Ceballos secara tetap.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2020 @ 1:33 PM