Ighalo beraksi sebagai pemain pinjaman di United sehingga Januari ini.
Ighalo beraksi sebagai pemain pinjaman di United sehingga Januari ini.
Agensi

PENYERANG Odion Ighalo melanjutkan perjanjian sebagai pemain pinjaman di Manchester United sehingga Januari 2021.

Ighalo, 30, menyertai United pada Januari dari kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua, dengan khidmat sehingga 31 Mei 2020.

Tiada sebarang pilihan di buat kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan untuk pembelian pemain kebangsaan Nigeria itu.

"Sudah menjadi impian buatnya dan diharapkan dia mampu menamatkan apa yang dimulakan dan menang trofi bersama kami," kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

"Shanghai Shenhua memberi kerjasama yang sangat baik kepada kami, membenarkan dia beraksi bersama kelab impiannya."

Ighalo sudah meledak empat gol dalam lapan penampilan bagi kelab Old Trafford itu termasuk jaringan kemenangan 5-0 ke atas LASK dalam saingan Liga Europa pada 12 Mac lalu.

Ia adalah perlawanan kompetitif terakhir United sebelum saingan bola sepak ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

Saingan musim Liga Perdana Inggeris kembali bersambung pada 17 Jun ini.

United berada di kedudukan kelima dalam carta liga, tiga mata di belakang pasukan di tangga keempat Chelsea dengan berbaki sembilan perlawanan lagi.

Skuad kendalian Solskjaer turut berada dalam saingan suku akhir Piala FA dan mendahului dengan defisit lima gol melangkah ke perlawanan kedua saingan 16 terakhir Liga Europa berdepan LASK.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 8:44 PM