JASMIR menunjukkan menu yang dijual secara dalam talian. FOTO Jasmir Memhat
JASMIR menunjukkan menu yang dijual secara dalam talian. FOTO Jasmir Memhat
Nazri Abu Bakar


MUSIM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) digunakan penyerang Liga Super skuad Melaka, Jasmir Mehat menjual mee rebus secara dalam talian di sekitar Bandaraya Melaka.

Menurutnya, idea terbabit hadir bagi mengisi masa terluang ketika lama di rumah disamping dapat menjana pendapatan sampingan.

Katanya, kemahiran keluarganya memasak digunakan ketika PKP ini selain dapat mengetengahkan resepi tradisi keluarganya.

“PKP juga kesempatan buat saya belajar mendalami penyediaan resepi tradisi untuk dinikmati pelanggan. Usaha ini juga sebagai memberi pilihan kepada orang ramai menikmati menu yang disediakan kerana kebiasaannya mereka mahu hidangan berbeza sepanjang PKP,” katanya.

Selain mee rebus dia turut menyediakan mee rojak, rojak, nasi lemak telur dan rendang ayam sebagai pilihan.

Dengan harga RM5 untuk mee rebus, rojak dan mee rojak serta masing-masing RM7 dan RM4 untuk dua hidangan nasi lemak, ia dilihat tidak membebankan orang ramai untuk membeli produknya.

Sementara itu, Jasmir juga menjalani latihan harian yang disusun jurulatih sepanjang berada di rumah selain menambah latihan sendiri seperti mengawal bola bagi meningkatkan kemahiran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020 @ 9:09 PM