EUGENIE kini menduduki ranking ke-285 dunia.
EUGENIE kini menduduki ranking ke-285 dunia.
AFP

Madrid: Bekas naib juara Wimbledon Eugenie Bouchard layak ke undian utama Terbuka Madrid kali pertama dalam tempoh enam tahun selepas menewaskan pemain Ukraine Dayana Yastremska dengan tiga set awal pagi tadi.

Eugenie bekas pemain nombor lima dunia yang rankingnya merosot ke tangga 285 dunia bangkit menewaskan lawan dengan 6-7 (6/8), 6-2, 6-2.

Pemain Kanada berusia 29 tahun itu tampil kali pertama dan final Grand Slam Wimbledon 2014, tahun sama dia turut beraksi di separuh akhir Terbuka Australia dan Perancis.

Namun beberapa siri kecederaan dengan yang terakhir di bahu menyaksikan dia diketepikan selama 17 bulan pada 2021 dan 2022 sekali gus kedudukan rankingnya turut menjunam.

Aksi di Madrid hanya yang ketiga dalam undian utama WTA tahun ini baginya selepas beraksi dua pusingan di Bogota pada awal April lalu.

"Ia seperti bermula daripada kosong," kata Eugenie selepas mara daripada dua pusingan kelayakan di Madrid.

Dia akan menentang pemain nombor 20 dunia dari Itali Martina Trevisan untuk memburu tempat di pusingan ketiga kejohanan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2023 @ 10:10 AM