REBIC (kiri) dan Ibrahimovic beraksi ketika menentang Torino. FOTO Agensi
REBIC (kiri) dan Ibrahimovic beraksi ketika menentang Torino. FOTO Agensi
Reuters

PENYERANG AC Milan, Ante Rebic meneruskan prestasi cemerlang apabila jaringannya membantu menewaskan Torino 1-0 dalam aksi Serie A di San Siro awal pagi tadi dan mencerahkan peluang ke saingan Eropah.

Pemain antarabangsa Croatia itu merembat kencang selepas mendapat hantaran Samuel Castillejo pada minit ke-25, jaringan kelimanya daripada lima aksi liga terakhir.

Milan melonjak ke tangga kelapan dengan 35 mata tetapi mengekori rapat pasukan di tangga ketujuh, Parma dan Hellas Verona di tangga keenam dan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Tuan rumah hampir menggandakan jaringan selepas rehat apabila rembatan lencung Zlatan Ibrahimovic sedikit tersasar sebelum Castillejo turut hampa selepas rembatan rendahnya turut tersasar.

Perlawanan di San Siro yang kedua buat jurulatih, Moreno Longo selepas menggantikan Walter Mazzari yang dipecat awal Februari lalu tetapi tidak bernasib baik selepas tewas 1-3 kepada Sampdoria sebelum ini.

Torino kini menduduki tangga ke-14 dengan 27 mata, lima mata di atas zon penyingkiran tetapi tewas lima aksi Serie A terakhir mereka dan bolos 17 gol sepanjang tempoh itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 8:00 AM