PEMAIN tengah Spanyol Espanyol, Marc Roca merayakan perlawanan akhir bola sepak liga Sepanyol antara RCD Espanyol dan FC Barcelona di Stadium RCDE. FOTO AFP
PEMAIN tengah Spanyol Espanyol, Marc Roca merayakan perlawanan akhir bola sepak liga Sepanyol antara RCD Espanyol dan FC Barcelona di Stadium RCDE. FOTO AFP
AFP

BARCELONA dihambat pasukan tercorot La Liga Espanyol awal pagi tadi apabila Wu Lei menjaringkan gol saat akhir untuk seri 2-2 dalam pertembungan kelab Catalan yang mendebarkan.

Luis Suarez dilihat membantu satu lagi kebangkitan di Stadium RCDE selepas membatalkan jaringan pembukaan David Lopez menerusi sepakan voli sebelum melakukan hantaran untuk disudahkan pemain gantian Arturo Vidal.

Namun layangan kad merah buat Frenkie de Jong dengan baki 16 minit perlawanan memberikan harapan baru buat Espanyol dan penyerang China Wu muncul wira apabila meledak melepas penjaga gol gantian Neto untuk merampas satu mata dalam perlawanan kendalian pertama Abelardo Fernandez.

“Penyingkiran De Jong melukakan kami," kata jurulatih Barcelona Ernesto Valverde.

“Kami mungkin menjaringkan gol ketiga. Kami mengawal permainan. Kad merah itu menyebabkan kami tidak keruan.”

Barcelona kekal di tangga teratas tetapi hanya menerusi perbezaan gol, tidak lagi mempunyai kelebihan dua gol selepas Real Madrid sebelum itu meraih kemenangan 3-0 di Getafe.

Atletico Madrid pula melonjak ke tangga ketiga selepas menewaskan Levante 2-1.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 9:06 AM